Dalam seminar ini anda akan didedahkan perkara berkaitan pengurusan serta penyimpanan dokumen-dokumen kewangan syarikat yang sangat penting untuk anda tahu selaku usahawan yang menjalankan sesebuah perniagaan.
Topik-topik Yang Akan Diajar
.....................................................
- Dokumen-dokumen kewangan yang wajib anda tahu dan simpan
- Ketahui dokumen-dokumen kewangan yang perlu disediakan setiap kali berlakunya transaksi perniagaan
- Kepentingan penyimpanan dokumen kewangan untuk tujuan audit dan cukai syarikat
- Cara dan kaedah penyimpanan dokumen kewangan yang betul
- Sistem komputer yang boleh digunakan untuk merekod transaksi kewangan syarikat
- Kesilapan biasa dilakukan usahawan dalam menyimpan dokumen kewangan dan cara mengatasinya
- Kriteria staf yang perlu dilantik oleh syarikat bagi menguruskan dokumen kewangan syarikat
- Ketahui peranan syarikat syarikat setiausaha, akauntan dan juruaudit
- Persediaan yang perlu syarikat lakukan untuk membantu proses penyediaan laporan akaun oleh akauntan
- Panelti, kompaun dan denda untuk kesalahan berkaitan penyimpanan dokumen kewangan syarikat
Siapa Yang Patut Hadir ?
...........................................
- Pengarah, pemegang saham termasuk rakan kongsi syarikat sdn bhd, berhad atau PLT
- Pemilik dan pengurus perniagaan Enterprise Milikan Tunggal atau Perkongsian
- Pengurus, pembantu atau pekerja bahagian kewangan syarikat
- Pelajar dan peminat topik berkaitan pengurusan dokumen kewangan syarikat
Detail Penceramah
..................................
Detail Seminar
..........................
- Tarikh (hari) : 26 Ogos 2023 (Sabtu)
- Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
- Tempat : Dewan MSIB, Maju Link, Bandar Tasik Selatan, KL
Yuran Seminar
..........................
RM 105 / Seorang peserta
- E-Tiket seminar
- E-workbook seminar
- E-Sijil penyertaan
PROMOSI : RM85 sahaja untuk seorang peserta Jika anda mendaftar secara berkumpulan (3 orang peserta dan keatas dalam satu borang. Jimat RM20 seorang)